
Bismillahirrahmanirrahim.
Sabda Nabi SAW mafhumnya : "Setiap amalan itu dimulakan dengan NIAT". Sabda Nabi SAW lagi mafhumnya: "Didalam diri setiap insan itu ada seketul daging, kalau baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jikalau ianya rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, dan ia adalah HATI. Niat adalah keinginan kita (cetusan hati) terhadap sesuatu dan manifestasinya ialah dengan perbuatan. Jadi secara sedar atau waras apa sahaja perbuatan kita mesti dimulakan dengan niat. Jadi sebagai manusia yang di kurniakan akal fikiran yang dengannya mampu membezakan diantara baik dengan buruk, positif atau negatif maka pilihlah yang baik atau positif untuk di simpulkan sebagai niat kita sebelum tercetusnya perbuatan. Oleh itu kita kanalah tahu apa kunci untuk mendapatkan akal yang selalu memikirkan kebaikan dan positif sahaja. Tidak lain hanyalah Wahyu Allah SWT iaitu AlQuran dan Sunnah Nabi SAW. Selain itu, bersangka baiklah dengan Allah SWT maha pencipta sekelian alam dalam setiap perkara dan keadaan "PASTI" anda memperolehi kejayaan dan ketenangan jiwa. Bersangka baiklah, yakinlah dan tetapkan jiwa kita kepada Allah SWT "PASTI" kita mendapat pertolongannya.
No comments:
Post a Comment