Monday, July 27, 2009

"Addua' silahul mukmin"


Bismillahirrahmanirrahim...

Sabda Nabi SAW : "Addua' silahul mukmin" mafhumnya, Doa adalah senjata orang mukmin. Firman Allah SWT "Udu'ni istajib lakum". Berdoalah (memohon) kepadaKu Nescaya Ku perkenankan. Fikirkan dan Hayati betul-betul hadith Nabi SAW dan Firman Allah SWT ini, amalkanlah berdoa dengan yakin pada setiap perbuatan dan amalan nescaya mendapat kejayaan. Yakinlah Yang doa kita pasti dimakbulkan Allah SWT. Amalkan selalu dan rasailah Auranya.

Mulakan setiap perbuatan atau amalan dengan niat yang baik


Bismillahirrahmanirrahim... Sebelum melakukan sesuatu perkara mulakan dengan niat yang baik dan ikhlas, kenapa? apa sahaja yang dimulakan dengan kebaikan pasti di akhiri dengan kebaikkan juga walau apa keadaan sekalipun. buatlah semampunya, sehabisnya untuk mencapai niat yang baik itu. Segala ranjau dan rintangan hendaklah ditempuhi dengan kuat dan sabar. Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT. firman Allah SWT " Udu'ni istajib lakum" mafhumnya Memohonlah (doa) kamu kepadaku nescaya Aku akan perkenankan (permohonan) kamu. Selepas segalanya dilaksanakan bertawakkallah kepada Allah SWT, mudah-mudahan mendapat berkat dan restu (redha) Allah SWT.

"alaa wahiyal qalb" (ia adalah HATI)


Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Nabi SAW mafhumnya : "Setiap amalan itu dimulakan dengan NIAT". Sabda Nabi SAW lagi mafhumnya: "Didalam diri setiap insan itu ada seketul daging, kalau baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jikalau ianya rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, dan ia adalah HATI. Niat adalah keinginan kita (cetusan hati) terhadap sesuatu dan manifestasinya ialah dengan perbuatan. Jadi secara sedar atau waras apa sahaja perbuatan kita mesti dimulakan dengan niat. Jadi sebagai manusia yang di kurniakan akal fikiran yang dengannya mampu membezakan diantara baik dengan buruk, positif atau negatif maka pilihlah yang baik atau positif untuk di simpulkan sebagai niat kita sebelum tercetusnya perbuatan. Oleh itu kita kanalah tahu apa kunci untuk mendapatkan akal yang selalu memikirkan kebaikan dan positif sahaja. Tidak lain hanyalah Wahyu Allah SWT iaitu AlQuran dan Sunnah Nabi SAW. Selain itu, bersangka baiklah dengan Allah SWT maha pencipta sekelian alam dalam setiap perkara dan keadaan "PASTI" anda memperolehi kejayaan dan ketenangan jiwa. Bersangka baiklah, yakinlah dan tetapkan jiwa kita kepada Allah SWT "PASTI" kita mendapat pertolongannya.